Thursday, March 22, 2012

MTQ 2012

22 Mac 2012 - Kumpulan nasyid Al Ehsan dari SK Serom 3 muncul sebagai johan dalam pertandingan nasyid sempena Majlis Tilawah Al Quran Zon Bukit Gambir. MTQ pada tahun ini diadakan di SK Bukit Rahmat yang melibatkan sekolah-sekolah rendah zon Bukit Gambir. SK Serom 3 juga memenangi acara lain yang dipertandingkan antaranya Johan Tilawah Al Quran Perempuan, Naib Johan Tilawah Al Quran Lelaki, Johan Tulisan Khat/Jawi dan Tempat ke-3 Berzanji Lelaki. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Saturday, March 3, 2012

Kem Bestari Solat Tahun 1 Dan 2

3 Mac 2012 - Panitia Pendidikan Islam dan jQAF SK Serom 3 telah mengadakan kem bestari solat yang melibatkan murid-murid tahun 1 dan 2 pada hari ini. Kem ini merupakan fasa pertama bagi tahun ini yang bertujuan mendedahkan murid-murid tentang perkara yang berkaitan dengan wudhuk. Kem ini dijalankan di surau sekolah dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari murid-murid tahun 1 dan 2. Murid-murid juga menjalani praktikal mengambil wudhuk yang dipantau oleh guru-guru gpi dan jQAF secara individu.

Saturday, February 11, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012

11 Feb 2012 - Bagi mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW , Panitia Pendidkan Islam SK Serom 3 telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Majlis bermula dengan perarakan sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh murid-murid. Majlis kemudiannya diteruskan dengan program ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Nizam Bin Esahak dari MRSM Alor Gajah, Melaka. Antara aktiviti yang dijalankan sempena sambutan ini ialah persembahan nasyid, mewarna dan melukis poster bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.

Text Widget

Text Widget