Monday, November 15, 2010

Khatam Al Quran jQAF Tahun 6



15 Nov 2010 - Satu majlis Khatam Al Quran untuk murid-murid tahun 6 program jQAF telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan SK Serom 3. Majlis yang bermula jam 8.15 pagi ini telah dirasmikan oleh Ustaz Zakaria Bin Muhammad , Penolong PPD jQAF . Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan murid-murid jQAF kohort pertama SK Serom 3 yang telah mengikuti program jQAF selama enam tahun . Mereke turut menerima sijil penghargaan jQAF dan senaskah al Quran sumbangan individu yang bermurah hati.

Friday, September 24, 2010

Sambutan Hari Raya 2010


24 Sept 2010 - Program sambutan hari raya aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini. Sambutan ini bermula jam 7.15 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi. Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah kunjungan marhaban oleh guru-guru ke kelas murid-murid , pejabat dan PKG. Murid-murid membawa kuih muih hari raya untuk dihidangkan di kelas masing-masing. Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dikalangan warga SK Serom 3.

Thursday, September 2, 2010

Majlis Khatam Al Quran 2010


2 Sept 2010 - Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak , satu Majlis Khatam Al Quran telah diadakan pada hari ini untuk warga SK Serom 3. Majlis ini adalah untuk meraikan murid-murid yang menyertai program tadarus al Quran yang diadakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Majlis yang bermula pada jam 7.45 pagi ini disertai 40 orang murid yang mengambil bahagian dalam tadarus al Quran. Turut diraikan dalam majlis ini ialah anak-anak yatim yang menerima sumbangan duit raya dari mereka yang sudi memberi sumbangan.

Thursday, July 29, 2010

Solat Hajat UPSR 2010


29 Julai 2010 , Khamis - Satu majlis solat hajat untuk calon-calon UPSR 2010 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan SK Serom 3. Majlis solat hajat ini turut dihadiri oleh ibu bapa murid yang akan mengambil peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Majlis ini dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah diikuti dengan solat hajat serta bacaan surah Yaasin. Kemudiannya diteruskan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh guru kaunseling SK Serom 3. Majlis diakhiri dengan solat Isyak dan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak sekolah. Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa murid yang memberi sokongan yang menggalakkan kepada usaha-usaha untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dalam UPSR nanti.

Saturday, July 24, 2010

Kem Bestari Solat Tahap 1


24 Julai 2010 , Sabtu - Panitia Pendidikan Islam jQAF SK Serom 3 telah mengadakan kem Bestari Solat untuk murid-murid tahap satu pada hari ini. Kem sehari ini bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan diadakan di dalam dewan sekolah. Pengisian Kem Bestari Solat ini ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan wudhuk. Semua guru terlibat dalam menjayakan program Kem Bestari Solat pada kali ini.

Saturday, April 24, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H


9 April 2010 - Sambutan Maulidur Rasul 1431H SK Serom 3 berlangsung sebagaimana yang dijadualkan. Perarakan sambil berselawat bermula jam 7.40 pagi dari kawasan Masjid Serom 3 turut diiringi oleh dua anggota polis dari Pondok Polis Serom 3. Perarakan mengikut pasukan rumah-rumah sukan dengan mebawa sepanduk turut dipertandingkan kumpulan yang terbaik. Bagi tahun ini pasukan rumah biru telah dipilih sebagai pemenang. Sambutan diteruskan dengan bacaan berzanji yang diketuai oleh En Azlan Bin Ithnin , GPK Ko Kurikulum SK Serom 3. Pada tahun ini pihak sekolah telah menjemput Ustaz Abd Razak Bin Darum dari SK Bukit Rahmat , Gersik untuk memberi ceramah kepada warga SK Serom 3 sempena Maulidur Rasul.

Text Widget

Text Widget