Thursday, March 22, 2012

MTQ 2012

22 Mac 2012 - Kumpulan nasyid Al Ehsan dari SK Serom 3 muncul sebagai johan dalam pertandingan nasyid sempena Majlis Tilawah Al Quran Zon Bukit Gambir. MTQ pada tahun ini diadakan di SK Bukit Rahmat yang melibatkan sekolah-sekolah rendah zon Bukit Gambir. SK Serom 3 juga memenangi acara lain yang dipertandingkan antaranya Johan Tilawah Al Quran Perempuan, Naib Johan Tilawah Al Quran Lelaki, Johan Tulisan Khat/Jawi dan Tempat ke-3 Berzanji Lelaki. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Saturday, March 3, 2012

Kem Bestari Solat Tahun 1 Dan 2

3 Mac 2012 - Panitia Pendidikan Islam dan jQAF SK Serom 3 telah mengadakan kem bestari solat yang melibatkan murid-murid tahun 1 dan 2 pada hari ini. Kem ini merupakan fasa pertama bagi tahun ini yang bertujuan mendedahkan murid-murid tentang perkara yang berkaitan dengan wudhuk. Kem ini dijalankan di surau sekolah dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari murid-murid tahun 1 dan 2. Murid-murid juga menjalani praktikal mengambil wudhuk yang dipantau oleh guru-guru gpi dan jQAF secara individu.

Saturday, February 11, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012

11 Feb 2012 - Bagi mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW , Panitia Pendidkan Islam SK Serom 3 telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Majlis bermula dengan perarakan sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh murid-murid. Majlis kemudiannya diteruskan dengan program ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Nizam Bin Esahak dari MRSM Alor Gajah, Melaka. Antara aktiviti yang dijalankan sempena sambutan ini ialah persembahan nasyid, mewarna dan melukis poster bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.

Monday, July 11, 2011

Sumbangan Untuk Surau



11 Julai 2011 - Sekolah SK Serom 3 telah menerima sumbangan daripada bekas pelajar-pelajar SK Serom 3 untuk kegunaan surau baru sekolah. Antara barangan tersebut ialah sejadah, tafsir al quran, telekung dan surah yassin. Sumbangan disampaikan oleh Cikgu Reza yang mewakili bekas pelajar tersebut. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas pelajar tersebut.

Wednesday, May 11, 2011

Kem Bestari Solat Perdana Tahap 2



11 Mei 2011 - Kem Bestari Solat Perdana Tahap 2 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan SK Serom 3. Kem ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 menlaksanakan aktiviti amali solat fardhu subuh secara berjemaah. Kem ini merupakan program jQAF yang wajib dilakukan setiap tahun untuk melatih murid-murid cara-cara solat yang betul serta menekankan bacaan dalam solat.

Tuesday, March 22, 2011

Kem Literasi Iqrak 2011


Kem literasi Iqrak Tahun 5

Thursday, February 17, 2011

Majlis Maulidur Rasul 1432H


17 Feb 2011
- Majlis Maulidur Rasul 1432H peringkat Sekolah Serom 3 telah berlangsung dengan jayanya. Aturcara pertama majlis ini ialah perarakan sambil berselawat oleh rumah-rumah sukan. Selepas itu majlis diteruskan dengan bersembahan berzanji dan persembahan murid antaranya bersajak, sketsa dan nasyid. Antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk menghayati keperibadian Rasulullah s.a.w dan seterusnya menjadikan baginda sebagai idola. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma dan mereka yang menyumbangkan tenaga untuk menjayakan majlis pada kali ini.

Text Widget

Text Widget