Thursday, July 29, 2010

Solat Hajat UPSR 2010


29 Julai 2010 , Khamis - Satu majlis solat hajat untuk calon-calon UPSR 2010 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan SK Serom 3. Majlis solat hajat ini turut dihadiri oleh ibu bapa murid yang akan mengambil peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Majlis ini dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah diikuti dengan solat hajat serta bacaan surah Yaasin. Kemudiannya diteruskan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh guru kaunseling SK Serom 3. Majlis diakhiri dengan solat Isyak dan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak sekolah. Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa murid yang memberi sokongan yang menggalakkan kepada usaha-usaha untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dalam UPSR nanti.

Saturday, July 24, 2010

Kem Bestari Solat Tahap 1


24 Julai 2010 , Sabtu - Panitia Pendidikan Islam jQAF SK Serom 3 telah mengadakan kem Bestari Solat untuk murid-murid tahap satu pada hari ini. Kem sehari ini bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan diadakan di dalam dewan sekolah. Pengisian Kem Bestari Solat ini ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan wudhuk. Semua guru terlibat dalam menjayakan program Kem Bestari Solat pada kali ini.

Text Widget

Text Widget