Wednesday, September 30, 2009

Sambutan Hari Raya 1430H


30 Sept 2009 ( Rabu ) - Sambutan Hari Raya 1430H peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini. Guru dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melakukan berkunjung dan bermarhaban ke setiap kelas dari tahun 1-6. Bermula dari jam 8.00 pagi kumpulan guru bergerak ke kelas yang ditetapkan. Pelbagai jenis kuih muih dan hidangan dibawa oleh murid untuk menjayakan sambutan ini.

Wednesday, September 16, 2009

Majlis Khatam Al Quran 1430H


16 September 2009 ( Rabu ) - Sempena bulan Ramadhan , Panitia Pendidikan Islam jQAF SK Serom 3 telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi telah diadakan di Dewan Sekolah. Seramai lebih 50 orang murid telah mengambil bahagian dalam program Khatam Al Quran sempena bulan Ramadhan diraikan dalam majlis ini.

Monday, September 7, 2009

Majlis Penyerahan Ilmu Tahun 6


7hb Sept 2009 - Sempena dengan kedatangan UPSR 2009 , satu majlis Penyerahan Ilmu untuk murid-murid tahun 6 telah diadakan di dewan sekolah. Majlis ini bertujuan untuk mendapat keberkatan ilmu yang mereka perolehi dari guru masing-masing sebelum menduduki peperiksaan sebenar yang akan berlangsung esok hari. Majlis dimulai dengan bacaan Yaasin oleh guru dan juga semua murid tahun 6 dan diteruskan dengan beberapa ucapan nasihat dari Guru Besar dan wakil guru kepada murid supaya mereka menghadapi peperiksaan UPSR dengan tenang. Majlis kemudian diakhiri dengan acara bersalaman antara murid dengan guru-guru.

Friday, July 24, 2009

Ceramah Israk Mikraj 2009


24 Julai - Israk dan Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam. Di dalamnya terdapat banyak pengajaran dan iktibar yang dapat diambil. Oleh kerana itu , untuk memperingati dan menghayati semula peristiwa yang penting ini di kalangan murid SK Serom 3 , pihak sekolah telah menganjurkan satu program ceramah Israk dan Mikraj pada hari ini. Ceramah yang bermula selepas program membudayakan al Quran ini telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faiz Bin Rashid dari SMK Parit Bunga.

Thursday, April 30, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H



30 April 2009 - Bagi mengingati peristiwa kelahiran Junjungan Besar Nabi SAW dan memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah hidup baginda , SK Serom 3 telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada hari ini. Majlis sambutan ini bermula dengan perarakan beserta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW , kemudian diserikan dengan persembahan nasyid oleh murid-murid tahun 5. Kemuncak majlis sambutan ini ialah penyampaian ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zulkarnain , penceramah jemputan dari Sekolah Agama Sungai Mati.

Wednesday, April 29, 2009

Rewang Maulidur Rasul 1430H



29 April 2009 - Bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kerjasama warga SK Serom 3 satu majlis rewang sempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah dijalankan pada hari ni. Kerjasama dan semangat gotong royong dalam menjayakan majlis ini telah ditunjukkan oleh semua warga SK Serom 3. Ini dapat dilihat dengan penglibatan murid , guru dan kakitangannya ketika majlis rewang berlangsung. Diharapkan aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama yang telah sedia ada di kalangan warga SK Serom 3.

Text Widget

Text Widget